Unit baharu yang dinamakan sebagai Xiaomi EV Inc itu dibuka dengan modal berdaftar sebanyak 10 bilion yuan (RM6.43 juta) yang diketuai oleh CEO Xiaomi Lei Jun.
Setakat ini, Xiaomi EV Inc mempunyai kekuatan tenaga pekerja seramai 300 orang dan angka itu bakal bertambah dalam masa terdekat.
Pengeluar peranti pintar kedua terbesar di dunia dibelakang Samsung sebelum ini telah mengesahkan mereka bakal memasuki arena kenderaan elektrik dengan nilai pelaburan $10 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Sebelum ini, Xiaomi telah mengumumkan pengambilalihan syarikat teknologi swapandu Deepmotion pada 25 Ogos lalu, selain mengadakan perbincangan dengan Evergrande Group untuk mengambil alih unit automotif yang dipegang oleh syarikat tersebut (Faraday Future).