Xpeng dedah kereta terbang dengan rekaan lengan rotor boleh lipat

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu daripada syarikat sekutu Xpeng, HT Aero baru-baru ini memperlihatkan konsep kereta terbang yang juga boleh digunakan di atas jalan raya biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti rekaan kereta terbang seperti Terrafugia atau Pal-V yang masih menampilkan rekaan hibrid kereta + kapal terbang, reka bentuk kereta terbang HT Aero ini ternyata lebih ringkas dengan rekaan lengan rotor yang boleh disimpan.

Mereka merancang untuk memperkenalkan kereta terbang ini seawal tahun 2024 dan rekaan akhir model ini mungkin akan berubah berbanding apa yang diperlihatkan pada ketika ini.
 

Xpeng


Menurut syarikat itu lagi, kereta terbang ini bakal dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan, termasuklah kelengkapan payung terjun yang boleh digunakan di dalam situasi kecemasan.

Tiada sebarang spesifikasi didedahkan buat masa ini, namun sistem pemanduan autonomi merupakan salah satu ciri yang bakal dimuatkan pada model kereta terbang ini.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak…
Berita Domestik
Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan…
Berita Global
Ia beberapa minggu sebelum syarikat itu tersenarai Nasdaq yang menjadikan pesawat pembawa penumpang…