Yamaha R15M, Modenas - Menang anugerah tertinggi MyMap 2021-2024

oleh HEZERI SAMSURI|
Yamaha YZF-R 15M muncul sebagai pemenang Exceptional Motorcycle Model 2021-2024 dalam Anugerah MyMAP yang berlangsung petang ini di Malaysia Auto Show 2024 (MAS 2024) yang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Ia dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dengan kerjasama Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Etiqa Malaysia.

Bagi kategori pengeluar pula, Modenas memenangi anugerah Exceptional Motorcycle Manufacturer 2021-2024. Ia memberi pengiktirafan tertinggi kepada pengeluar motosikal yang secara sukarela menyertai penilaian MyMap dan menunjukan usaha yang jitu untuk meningkatkan tahap keselamatan pada produk mereka.

Untuk anugerah Exceptional Motorcycle Model 2021-2024, Yamaha YZF-R 15M pula diangkat sebagai juara kerana mencapai penarafan tertinggi secara keseluruhan.

 

 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah yang hadir berkata MyMap atau Malaysia Motorcycle Assessment Programme adalah program penarafan menyeluruh untuk motosikal yang pertama di dunia, bagi memperkenalkan motosikal yang lebih selamat di pasaran. 

"Anugerah MyMAP bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta mempamerkan kemajuan yang dicapai oleh pengeluar motosikal dalam mempertingkatkan keselamatan motosikal,” ujar beliau.

Terdapat empat kriteria utama di bawah program MyMAP, iaitu pematuhan kepada peraturan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE), Conformity of Production (COP), teknologi ciri keselamatan, dan juga program sokongan. 

Salah satu ciri yang ditekankan dalam teknologi ciri keselamatan adalah sistem brek. 

Program penarafan ini dijalankan secara sukarela dan pada peringkat permulaan, penyertaannya adalah terbuka kepada motosikal berkapasiti 250cc dan ke bawah sahaja. 

Berdasarkan permintaan, penyertaan untuk motosikal berkapasiti tinggi (> 250 cc) dan semua jenis enjin termasuk motosikal elektrik telah dibuka pada pertengahan 2023.

 

 

 

Sebanyak 19 anugerah dipertandingkan dan di bawah ialah senarai pemenang-pemenang anugerah MyMap untuk sesi 2021-2024.

Exceptional Motorcycle Manufacturer 2021-2024
Modenas

Exceptional Motorcycle Model 2021-2024
Hong Leong Yamaha Motor YZF-R15M

Exceptional Safety Performance (<200cc)
Boon Siew Honda Vario 160

Exceptional Safety Performance (200cc-250cc)
Modenas Versys X-250

Exceptional Safety Performance (>250cc)
Kawasaki Z900 SE

Excellence in Braking Performance
Kawasaki Z900

ProICE Excellence Advanced Safety Technology
Aveta V-ADV 150

ProICE Excellence Advanced Safety Technology
Modenas Versys 650

Excellence in Conformity of Production
Boon Siew Honda dan Hong Leong Yamaha Motor

Excellence Award: MyMAP Most 5-Star Model
Modenas

Excellence Award: MyMAP Most Participation
Modenas

Exemplary Award: MyMAP Pioneer
SYM Malaysia

Exemplary Award: Premier Electric Motorcycle
Blueshark R1

Exemplary Award: Riding Safety Advocacy Program
Hong Leong Yamaha Motor

Exemplary Award: Motorcycle Safety Research Contribution
Honda

Exemplary Award: MyMAP Media Impact
paultan.org

Exemplary Award:Motorcycle Safety Advocate
careta.my

Exemplary Award: Rider’s Choice Motorcycle Safety Accessories
Givi Malaysia

Di bawah ialah senarai motosikal-motosikal yang menyertai MyMap dan bintang yang dianugerahkan.

 

award 2

 

Award 3award 4award 5

 

award 7

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Rangkaian model pintar kami memaparkan sejumlah besar teknologi keselamatan pasif serta aktif,…
Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…