YAMAHA YZF-R25 TERIMA WARNA BAHARU - GLACIER WHITE - HARGA KEKAL SAMA

oleh Firdaus Razani|
Hong Leong Yamaha Motor hari ini mengumumkan tawaran warna baharu untuk model sportbike 250 cc mereka, iaitu YZF-R25 bagi tahun 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kali ini, warna baharu yang ditawarkan pada model YZF-R25 ini adalah warna Glacier White dan warna popular Yamaha iaitu Racing Blue masih kekal

HLYM turut mengumumkan harga jualan yang disyorkan bagi model ini masih kekal sama iaitu RM22,998 tidak termasuk yuran pendaftaran atau insurans.

r25

Sebagai tambahan, pemilik YZF-R25 baharu ini juga bakal menerima kunci cakera keselamatan Yamaha bernilai RM100 dengan pembelian mereka.

Dari spesifikasi enjin, ia masih dikuasakan oleh enjin dua silinder bersesaran 249cc DOHC yang mampu menjana kuasa output sehingga 35.4 hp @ 12,000 rpm dan daya kilas 22.6 Nm @ 10,000 rpm.

Ia turut hadir dengan ciri keselamatan Anti-lock Braking System (ABS) dan juga lampu isyarat belok LED.

 

r25

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen tersebut bertujuan untuk melakukan pemeriksaan terhadap hos sistem brek anti-kunci (ABS)…
Pelancaran Motosikal
2 warna baharu itu boleh mula didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula 23 Mac ini dengan harga…
Berita Global
Bentuk lampu hadapan tunggal itu nampak jelas dan juga penggunaan fork "upside down" bagi R3. Ini…