Zagato dedah coupe Giulia SWB, model one-off guna asas sedan Giulia yang dipendekkan!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pembina koc Zagato baru-baru ini mendedahkan sebuah model binaan sekali (one-off) yang dinamakan sebagai Alfa Romeo Giulia SWB hasil kolaborasi bersama Alfa Romeo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti namanya yang tertera, model ini menggunakan asas daripada sedan empat pintu Alfa Romeo Giulia namun dengan jarak antara roda yang telah dipendekkan serta menampilkan bentuk badan coupe dua pintu yang unik!

Selain daripada itu, asas jentera ini telah dinaiktaraf kepada spesifikasi GTAm.
 

Zagato


Ini bermakna, Giulia SWB ini dikuasakan oleh enjin 2.9 liter biturbo bentangan V6 yang mampu menjana kuasa setinggi 532 hp yang disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan.

Biarpun berkongsi komponen dengan model Giulia dan Stelvio, rekaan panel luar jentera coupe ini adalah serba baharu.

Disebalik struktur jeriji yang agresif itu terdapat unit lampu depan yang diambil daripada model Alfa Romeo Tonale sebelum dikemaskan dengan splitter gentian karbon yang sporti.
 

Zagato


Bahagian belakang membawakan rekaan ekor Kamm yang sinonim dengan model TZ yang pernah dihasilkan oleh Zagato sebelum ini, sebelum dikemaskan dengan jalur LED yang nipis - mengingatkan kita kepada model Aston Martin.

Antara ciri lain termasuklah rekaan bumbung bergelembung yang merujuk kepada identiti rekaan Zagato, diffuser bertingkat serta tip ekzos berkembar yang diposisikan pada bahagian tengah.

Rim aloi lima jejari kekunci tengah itu diambil daripada model GTAm diikuti dengan angkup brek berwarna kuning yang bertanggungjawab memastikan jentera ini berhenti dengan baik.
 

Zagato


Bahagian ruang kabin pula banyak mengekalkan susun atur papan pemuka daripada model asal Giulia, dengan menggandingkan kemasan kulit hitam, aksen dan jahitan warna hijau.

Selain daripada roda stereng, kawalan iklim dan tombol gear aluminium, kesemua ciri yang terdapat di dalam Giulia SWB ini adalah binaan khas termasuklah panel pintu gentian karbon dan tempat duduk bucket juga menggunakan bahan yang sama.

Difahamkan, pemilik model ini - seorang warga Jerman - mempunyai banyak koleksi kenderaan Alfa Romeo termasuklah 8C Competizione dan S.Z.
 

Zagato


Kos keseluruhan untuk membangunkan sebuah Alfa Romeo Giulia SWB ini tidak didedahkan oleh Zagato.

Namun, melihatkan kepada hasil kekemasan kerja dan modifikasi yang menyeluruh, sudah pasti nilainya berada di luar kemampuan orang kebanyakan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mungkin pada mulanya akan timbul kurang keyakinan dengan penggunaan platform yang sama dengan Dodge…
Berita Global
Menyertai barisan kenderaan baharu untuk pasukan Carabinieri adalah kereta Alfa Romeo Giulia yang…
Berita Global
Turut menarik perhatian adalah pengenalan sedan berprestasi tinggi Giulia Quadrifoglio (dalam…