ZEEKR masuk Eropah tahun ini, sebuah lagi jenama di bawah Geely

oleh Muhammad Md Tajudin|
Geely Holding nampaknya benar-benar mengikuti strategi konglomerat automotif besar seperti Volkswagen Group dan Stellantis dalam memasarkan kenderaannya.

Di Eropah Geely mempunyai wakil kenderaan elektrik (EV) melalui Volvo, Polestar, Lynk & Co dan Lotus.

Nampaknya sebuah lagi jenama di bawah Geely iaitu ZEEKR bakal membuka tirai di Eropah.

Model pertama ialah ZEEKR 001 yang menghuni segmen shooting brake dan ZEEKR X, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) urban.
ZEEKR 001

 

Kedua-dua model itu akan diperkenalkan di Sweden dan Belanda pada lewat 2023 dan disusuli beberapa negara dan model baharu.

ZEEKR 001 dan ZEEKR X dibina dari platfrom Sustainable Experience Architecture (SEA) yang khusus untuk EV.

Dari varian SEA juga beberapa model dibangunkan seperti smart #1 dan #3 dan Lotus Eletre. ZEEKR 001 adalah model pertama yang menggunakan platform SEA.

 

ZEEKR X

 

ZEEKR 001 dan ZEEKR X adalah hasil kerja Pusat Reka Bentuk Global ZEEKR dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Gothenburg, Sweden.

Kaki tangan ZEEKR di Eropah terdiri daripada lebih 1,500 jurutera dan pereka dan telah menghasilkan beberapa model untuk Kumpulan Geely.

Pengalaman lama yang dimiliki menjadi kelebihan utama dalam kemasukan ZEEKR ke pasaran Eropah. Amsterdam bakal menjadi lokasi ibu pejabat ZEEKR Eropah.

 

ZEEKR 001

 

Untuk bertarung di Eropah, ZEEKR telah mengkaji secara mendalam dan memahami keperluan pelanggan mewah benua itu dan beberapa kelemahan dari pengguna EV sedia ada.

Di antaranya, kerisauan tentang pengecasan, jarak, ketahanan dan susut nilai yang akan ditangani dengan kaedah bersesuaian.

ZEEKR juga meletakkan penekanan tinggi dalam kualiti kenderaan di antaranya melalui sistem kawalan canggih 5G+ untuk kesemua proses pengeluaran.

ZEEKR turut menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan gabungan teknologi tersebut membolehkan kesilapan termasuk yang kecil dikesan dengan pantas.

 

ZEEKR X

 

Pembaikan dapat dibuat seterusnya memastikan produk berkualiti tinggi.

Setakat Mac 2023, lebih daripada 93,000 unit kenderaan berjaya diserahkan kepada pelanggan atau 14 hari sebelum genap dua tahun usia pengenalan ZEEKR 001.

Selain shooting brake dan kereta bandar, ZEEKR mempunyai 009, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah yang dilancarkan pada 1 November 2022 atau 11122.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

ZEEKR 001

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sementara itu, kementerian berkenaan berkata, penamatan tempoh kelonggaran harga lantai RM100,000…
Berita Global
Menurut laporan awal, Zeekr 8X dijangka ditawarkan dengan harga permulaan sekitar 430,000 yuan,…
Berita Global
Rekaan & Dimensi Zeekr 9X memiliki ukuran 5,239 mm panjang, 2,029 mm lebar dan 1,819 mm tinggi…