ZF hasilkan pemanas tali pinggang keledar, khusus untuk EV

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Untuk negara dengan musim sejuk, fungsi pemanas pada tempat duduk dan stereng telah menjadi satu keutamaan yang perlu ada pada kereta, tidak cukup dengan itu, ZF telah menghasilkan pemanas untuk tali pinggang keledar pula.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

ZF merupakan syarikat dari German yang terkenal dalam menghasilkan transmisi automatik, baru-baru ini syarikat tersebut telah menghasilkan teknologi pemanas pada tali pinggang keledar khusus untuk EV.

 

2


Dengan menggunakan pemanas tali pinggang keledar ZF yang digabungkan dengan pemanas tempat duduk, EV tidak perlu menghasilkan terlalu banyak haba, terutamanya apabila tenaga itu diambil dari bateri.

ZF mengatakan teknologi itu dapat menjimatkan bateri dan meningkatkan jarak gerak sehingga 15 peratus.

 

3

 

ZF berkata teknologi itu berfungsi melalui "anyaman khas dengan konduktor pemanasan bersepadu", tetapi tali pinggang keledar itu tidak sepatutnya berasa terlalu panas, kerana ketebalannya tidak terlalu berbeza.

Jika dilihat pada keadaan EV semasa musim sejuk, teknologi itu dilihat dapat membantu, namun setakat ini tiada maklumat sama ada mana-mana pengeluar berminat untuk menggunakan teknologi tersebut.

 

Sumber: CarThrottle

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, bagi memastikan para pengguna Ford setiasa terjamin kehangatan suhu badan mereka, Ford…