Namun, bagi memastikan para pengguna Ford setiasa terjamin kehangatan suhu badan mereka, Ford mengambil keputusan untuk mendaftarkan paten tali pinggang keledar dengan alat pemanas terbina dalam.
Menurut daftar paten berjumlah 31 muka surat yang diperoleh daripada U.S. Patent and Trademark Office, Ford 'menjahit' elemen pemanas elektrik di dalam tali pinggang keledar dan kuasa akan disalurkan ketika pemandu atau penumpang memakainya ketika berada di dalam kereta.
Bagi memenuhi kehendak pelanggan, Ford juga menawarkan beberapa corak jahitan elemen pemanas dan rekaan buckle tali pinggang yang berbeza-beza.
Dengan adanya rekaan sebegini pada kenderaan pada masa akan datang, para pengguna tidak perlu risau oleh kerana ia akan memastikan badan mereka sentiasa hangat ketika pemanduan di musim sejuk.