Zurich Malaysia Bersama Lebuhraya PLUS Memperkenalkan Pelan Perlindungan Z-ProMiles

oleh Penyumbang Rencana 2|
Zurich Malaysia (Zurich) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengadakan kerjasama untuk memperluaskan perlindungan mobiliti jalan raya melalui penawaran perkhidmatan kepada pelanggan Lebuhraya PLUS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bagi menambahkan lagi perkhidmatan yang disediakan syarikat konsesi lebuh raya tersebut dan langkah ini adalah sebahagian daripada inovasi Zurich untuk memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan semasa dalam perjalanan melalui pelan-pelan takaful yang direka khusus. 

Produk pertama yang diperkenalkan di bawah kerjasama Zurich dan PLUS ini ialah Z-ProMiles Takaful. Z-ProMiles Takaful ditawarkan kepada ahli PLUSMiles (program ganjaran PLUS) yang menyediakan faedah Akibat Kesulitan, Penginapan Hotel dan Elaun Penggantian Kereta. 

Ia boleh dimanfaatkan sekiranya pelanggan memerlukan perlindungan tambahan semasa dalam perjalanan menggunakan Lebuhraya PLUS seperti manfaat kematian akibat kemalangan, hilang upaya kekal akibat kemalangan dan pendapatan hospital akibat kemalangan. 

Menurut kata Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful, Shamsul Azman, “Z-ProMiles Takaful ini mudah diakses dan menyediakan perlindungan semasa dalam perjalanan yang membolehkan pelanggan Lebuhraya PLUS yang juga ahli PLUSMiles untuk memilih pelan perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan belanjawan mereka. Setiap nyawa amat berharga”.
 

PLUS ZURICH


Zurich komited dalam mengurangkan cabaran yang dihadapi oleh pengguna jalan raya sebagai salah satu tanda prihatin kami terhadap pelanggan. Melalui kerjasama ini, mereka boleh memperkenalkan produk takaful ini dengan semudah penggunaan melalui aplikasi digital sahaja.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail pula berkata, keselamatan dan keselesaan pelanggan lebuh raya adalah keutamaan kami. Kami sentiasa berusaha dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan nilai tambah bagi membolehkan perjalanan yang selesa ketika di lebuh raya kami.

"Kami berbesar hati apabila Zurich Malaysia berkongsi matlamat kami untuk menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan lebuh raya. Kerjasama ini melengkapkan usaha kami untuk menjadikan lebuh raya kami lebih selamat dan ianya akan memanfaatkan rakyat Malaysia,” kata Datuk Azman.

Perlindungan ini juga meliputi kejadian trafik di lokasi tertentu yang kendalian oleh PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), dan Jambatan Pulau Pinang,

Kolaborasi pintar ini dilihat amat bagus dan mereka akan menawarkan lebih banyak produk baharu dan usaha sama lain pada masa depan.  

Penulis: IZRA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif ini menonjolkan falsafah teras jenama syarikat ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’…
Berita Domestik
Inisiatif itu selari dengan komitmen berterusan Zurich terhadap #CareForWhatMatters, dan sumbangan…
Informasi
  Untuk kawasan pantai timur semenanjung, hujan lebat serta angin kencang telah diramalkan akan…