Semalam, ahli-ahli kelab kereta BMW Society Malaysia telah mengadakan temujanji berbuka puasa di restoran Tupai-Tupai di Jalan Bukit Petaling.
Temujanji berbuka itu bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan perhubungan siratulrahim antara sesama peminat BMW, ia juga menjadi sebab untuk menghulurkan tangan untuk memberi sumbangan amal pada rumah orang-orang tua. Baik hati ahli-ahli BMW Society ni.
Turut berbesar hati untuk hadir ke majlis buka puasa semalam ialah Sashi Ambi, ketua perhubungan korporat BMW Malaysia.