Menurut Ferrari, syarikat kereta sport mewah dari Itali itu boleh mengecat Ferrari anda dalam apa jua warna kecuali satu - merah jambu.
Menurut Hubert Appleroth, CEO Ferrari Australasian, warna merah jambu atau “pink” itu tidak masuk dengan cerita lagenda Ferrari yang penuh dengan kejayaan motorsports.
“Ia adalah satu syarat Ferrari - tiada Ferrari pink!” tambahnya.
Sebenarnya ada beberapa warna yang tidak dibenarkan oleh Ferrari dan warna merah jambu adalah salah satu darinya.
Appleroth tidak menyebut apakah warna yang lain itu tetapi satu pertiga Ferrari yang dijual ialah dalam warna merah, dan diikuti oleh warna perak, hitam dan putih.