Pihak berkuasa pengangkutan London kini telah mengisytiharkan, pihak mereka tidak akan memperbaharui lesen Uber untuk beroperasi kerana mendapati perkhidmatan tersebut tidak sesuai.
Menurut sumber dari Aljazera, lesen operasi Uber akan tamat pada hujung bulan ini 30 September 2017.
Dengan keptussan tersebut, Uber tampil menyatakan bahawa tindakan tersebut bakal menjejaskan 40,000 pemandu dan melenyapkan cara pengangkutan yang mudah dengan harga yang berpatutan kepada warga London.
Oleh itu, Uber menentang keputusan tersebut dan akan membawa perkara ini ke pihak mahkamah.
Di London, Uber telah menghadapi kritikan hebat dari kesatuan pekerja penggubal undang-undang dan pemandu teksi hitam.
Datu bandar, Sadiq Khan turut menyatakan bahawa pengendali perkhidmatan teksi di bandar seharusnya mengikut peraturan dan menyediakan perkhidmatan yang selamat tanpa mengorbankan keselamatan pelanggan.
Sumber dan gambar utama diambil dari http://www.aljazeera.com/news/2017/09/uber-lose-license-operate-london-170922104704515.html.