Juara lagenda John McGuiness yang menempa nama dengan menunggang jentera Honda dan memenangi 23 perlumbaan TT di Isle of Man secara rasminya akan menunggang untuk jenama Norton tahun ini.
Desas desus beliau akan meninggalkan Honda sudah jelas sejak tahun lalu kerana McGuiness menyuarakan kekesalan atas kelembapan Honda untuk memperbaiki jentera lumba Honda CBR1000RR SP2 yang dikatakan semakin dimakan usia (dari segi teknologi).
McGuiness sebenarnya masih lagi belum pulih dari kecederaan yang dialaminya setelah jatuh pada perlumbaan Nort West 200 tahun lalu.
Untuk motosikal Norton pula, projek Norton SG ini masih belum dibuktikan tetapi McGuiness yakin ia mampu digilap.
"Saya bersedia untuk bertukar pasukan dan saya perlukan semangat baharu. Norton nampaknya mampu memberikan itu kepada saya," ujar McGuiness.