Bermula dari sekarang sehingga 18 Ogos 2018, kesemua kenderaan yang belum berdaftar serta tempahan baharu kenderaan Subaru bakal diberikan perlindungan harga.
Sekiranya berlaku kenaikan harga sebelum pendaftaran mana-mana kenderaan yang sudah ditempah, pihak TC Subaru akan mengguna pakai harga asal yang lebih rendah.
Sekiranya berlaku penurunan harga, pelanggan yang telah mendaftar akan menerima baucer servis yang bernilai tertakluk kepada perbezaan harga sebelum ini dengan nilai maksimum mencecah RM3,000.
Sebagai contoh, jika harga kenderaan terbabit berkurangan sebanyak RM1,000 selepas perubahan sistem cukai, perbezaan harga sebelum dan selepas itu mestilah ditukar kepada baucer servis penyelenggaraan bernilai RM1,000.
Skim perlindungan harga ini hanya sah sehingga 18 Ogos 2018.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Subaru di pautan di bawah atau dengan mengunjungi mana-mana pusat pameran Subaru yang berhampiran.
www.subaru.asia/my/en/contact-us/