Mazda anjur MazdaSports Day terbuka untuk semua!

oleh Mohamad Hanif|
Mazda sekali lagi meraikan pemilik dan peminat jenama yang membawakan falsafah Jinba Ittai itu untuk merasai pengalaman pemanduan Mazda yang menyeronokkan menerusi acara MazdaSports Day.

Acara sukan pemanduan selama dua hari itu akan memberikan para peserta pengalaman pemanduan yang mencabar menerusi pelbagai ujian dan kursus ringkas pemanduan dinamik yang telah disusun oleh divisyen MazdaSports. 

MazdaSports Day adalah terbuka kepada semua pemilik dan orang ramai yang berminat untuk menyertai dengan yuran kemasukan adalah percuma. 

Orang ramai dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Stadium Shah Alam pada 7 dan 8 Julai 2018 bermula dari jam 9 pagi sehingga 5 petang untuk menikmati pengalaman pemanduan yang menarik ini. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Facebook Mazda Malaysia di alamat https://www.facebook.com/mazdamy/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengedar rasmi jenama Mazda dan Kia di Malaysia itu yakin bahawa akan ada peningkatan dari segi…
Informasi
Atenza (Mazda 6), dan Axela (Mazda 3) sudah ditamatkan pengeluaran di Jepun sejak 2018 dan 2019,…
Berita Global
Sementara itu, Mazda Motors Corporation menghentikan pengeluaran dua model, termasuk MAZDA2, di…