Peraturan perlepasan emisi WLTP semakin ketat - VW Golf R 'hilang' 10 bhp

oleh Mohamad Hanif|
Mengikut kepada peraturan terbaharu yang dikeluarkan oleh Worldwide Harmonised Light Vehicle Test Procedure (WLTP), Volkswagen terpaksa 'menurunkan' kuasa asal yang dikeluarkan oleh Golf R daripada 306 bhp kepada 296 bhp sahaja.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut wakil daripada VW bercakap kepada laman automotif Autocar, homologasi terbaharu itu melibatkan sistem adaptasi pemulihan gas ekzos termasuklah pengeluaran kuasa. 


"Jadi, mulai hari ini, kesemua unit Golf R hadir dengan enjin 2.0 liter turbo berkuasa 296 bhp," tambah beliau. 

Walaupun VW tidak mendedahkan sebarang data teknikal yang menunjukkan bagaimana kuasa output telah berubah, ia menunjukkan bahawa peraturan pelepasan emisi kini semakin ketat dikeluarkan oleh WLTP yang menggunakan data daripada ujian sebenar, berbanding NEDC (New European Driving Cycle) yang menggunakan data daripad ujian makmal semata-mata. 

Ini menyebabkan syarikat tersebut terpaksa menggunakan sistem ekzos yang lebih mesra alam supaya dapat mengurangkan kadar pengeluaran nitrogen oksida yang mencemarkan alam sekitar.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Direka khas untuk litar Nürburgring-Nordschleife, mode “Special” memberikan Golf R talaan yang…
Berita Global
Walaupun boleh dikatakan sebagai salah seorang pelumba yang berjaya, sepanjang karier Formula 1,…
Berita Global
Sebanyak lapan generasi Golf telah pun dihasilkan, kesemuanya mempunyai kejayaan dan peminat…