Volkswagen dikecam kerana iklan yang terlalu bergantung kepada sistem keselamatan

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen telah menerbitkan satu iklan bagi menunjukkan kepada umum sistem keselamatan yang terdapat pada Volkswagen Polo terkini iaitu Front Assist with Pedestrian Monitoring dan Blind Spot Monitor.

Visual awal menunjukkan seorang kanak-kanak yang sedang membesar namun serba cuai dan sering kali kemalangan ketika menjalankan aktiviti luar seperti bermain basikal, menunggang motorsikal dan sebagainya. 

Kemudian, satu babak pemanduan Volkswagen Polo menunjukkan remaja tersebut memandu di dalam keadaan yang "berbahaya, tidak bertanggungjawab dan tidak menunjukkan fungsi sebenar sistem keselamatan" menurut enam laporan yang dikemukakan kepada Advertising Standards Authority (ASA). 

Walaubagaimanapun, Volkswagen menolak dakwaan tersebut dan menyatakan ia hampir mustahil untuk menjelaskan fungsi teknologi baharu berkenaan tanpa menunjukkan situasi sebenar kepada para penonton. 

ASA nampaknya tidak bersetuju dengan penerangan daripada Volkswagen dengan memberikan kesimpulan bahawa video tersebut menunjukkan tahap kecenderungan bergantung kepada teknologi yang berlebihan. 
 

 

Menurut ASA dalam satu kenyataan, "Kami dapat menyimpulkan bahawa tahap kebergantungan terhadap sistem keselamatan (yang ditunjukkan) adalah disengajakan serta menggalakkan orang ramai memandu dengan bahaya, dan ini terang-terangan melanggar kod etika pengiklanan."

"Volkswagen seharusnya tidak menggalakkan pemanduan yang tidak bertanggungjawab dengan melebih-lebihkan ciri kebaikan sistem keselamatan yang ada pada sesebuah kenderaan."

Berita Berkenaan

Berita Global
Volkswagen ID.3 GTX dan ID.7 GTX Tourer   Sama seperti Tourer, model fastback GTX dibekalkan…
Berita Global
  Kuasa? Enjin EA888 LK3 evo4 2.0 liter turbo menghasilkan 300 ps dengan daya kilas 400Nm dan…
Berita Global
  VW menawarkan Golf GTE dan Golf eHybrid dengan teknologi hibrid plug-in generasi kedua yang…