Menurut Brembo, pembekal pelapik itu, Federal Mogul melakukan kesilapan dalam proses "thermal treatment" yang menyaksikan ia menggunakan suhu yang lebih panas, menyebabkan pelekat pada pendakap pelapik itu tidak sekuat yang sepatutnya.
Apa yang mungkin terjadi ialah pelapik brek belakang itu mungkin tercabut ketika membrek, lantas melambatkan jarak berhenti motosikal terbabit.
Jenama yang pertama dipanggil semula untuk masalah ini ialah:
- Ducati Panigale V4
- Ducati Hypermotard 939
- Ducati 1299 Panigale R FE
- Ducati 959 Panigale
Sebanyak 72 unit motosikal Ducati terbabit di US dan ia mudah untuk diketahui - kesemua pelapik brek itu mempunyai nombor batch "672" pada plet pendakap.
Jenama lain belum lagi mengumumkan panggil semula untuk model-model mereka. Ducati sudah menghubungi pemilik-pemiliknya dan proses panggil semula akan bermula pada 15 September 2018.
Sehingga tarikh itu, penunggang terbabit mungkin dinasihatkan agar jangan menggunakan brek belakang?
Masa yang sesuai untuk mereka belajar membuat "wikang" nampaknya.
Jenama lain di Malaysia yang menggunakan brek Brembo seperti sesetengah unit istimewa Y15, RS150, 125Z, EX5 dan sebagainya diharapkan bertanya kepada pembekal brek Brembo anda di Facebook atau Whatsapp.