Sepanjang tempoh kempen ini, Kia Cerato 1.6 SX ditawarkan harga permulaan dari RM83,032.45 (tanpa insuran) dan Kia Picanto EX pula dari harga permulaan RM47,079.43 (tanpa insuran).
Kedua-dua model ini didatangkan dengan jaminan pengilangan lima tahun tanpa had pembatuan.
Selain dari harga tawaran yang diberikan, pelanggan juga akan menerima kad Sim, Red One bagi setiap pembelian untuk salah satu dari model yang ditawarkan ini.
Penambahan keistimewaan juga diberikan kepada setiap pembelian Cerato 1.6 SX dimana pelanggan akan mendapat perkhidmatan penyelenggaraan percuma bagi tempuh tiga tahun pertama termasuk alat ganti dan tenaga kerja.
Kempen Mega Merdeka Kia ini sedang berlangsung sehingga 31 Ogos 2018, sementara stok masih ada.