Namum begitu menurut Oliver Blum, Ketua Eksekutif Porsche, diesel masih tetap menjadi penjana kenderaan utama global cuma untuk Porsche, diesel sentiasa menjadi pilihan kedua kerana sifat Porsche yang lebih ke arah sesuatu yang sporti.
Beliau bagaimanapun mengaku skandal Diesel-gate oleh VW itu memberikan impak terhadap jenama Porsche kerana mereka menggunakan enjin-enjin diesel Audi.
Baru-baru ini, VW telah dikenakan denda sebanyak 1 billion Euro kerana menjual sebanyak 10 juta unit kenderaan dengan perisian yang menipu ujian asap antara tahun 2007 sehingga 2015.