Giliran Perodua sumbang Tabung Harapan Malaysia - RM1.1 juta terkutip

oleh HEZERI SAMSURI|
Komuniti Perodua yang terdiri daripada kumpulan syarikat organisasi serta kakitangannya telah menyumbangkan sebanyak RM1.1 juta keoada Tabung Harapan Malaysia sebagai tanda sokongan kepada usaha kerajaan untuk mengurangkan jumlah hutang negara.

Pengerusi Perodua YBhg Tan Sri Asmat Kamaludin menyampaikan sumbangan tersebut kepada Menteri Kewangan Malaysia YB Tuan Lim Guan Eng di pejabatnya hari ini, disaksikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr)
Aminar Rashid Salleh.
AION MREC Banner Campaign May 2024

"Sumbangan ini membuktikan bahawa Perodua dan kakitangan kami mahukan Malaysia yang lebih baik, dan kami berbesar hati menunjukkan tanda sokongan kami ini,” kata Tan Sri Asmat.

Careta harapkan agar Perodua dan syarikat-syarikat automotif yang lain turut menyumbang kepada Tabung Kempen Keselamatan Jalanraya yang memang memerlukan dana agar kempen-kempen keselamatan jalanraya boleh dilakukan dengan lebih serius.

Kali terakhir Careta melihat kerajaan bekerjasama dengan pihak media untuk kempen Keselamatan Jalanraya ialah lebih dari 10 tahun yang dahulu, melalui agensi JKJR. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Perodua, Myvi Conversion itu bukanlah satu produk yang siap untuk dijual, atau akan dijual…
Berita Domestik
Umum mengetahui bahawa Perodua sudah menyahut cabaran kerajaan untuk menghasilkan sendiri EV mereka…
Berita Domestik
Pada 3 Mei 2024, Perodua telah memperkenalkan kereta model Alza AV dan H serta Axia AV dan G ke…