Volkswagen Festival 2018 kini kembali!

oleh Mohamad Hanif|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menganjurkan acara Volkswagen Fest 2018 buat kali kedua. Festival yang pasti lebih meriah itu akan diadakan pada 12 hingga 14 Oktober di Setia City Convention Centre, Setia Alam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volkswagen Fest 2018 bakal menyaksikan para peminat Volkswagen dari semua latar belakang meraikan kecintaan mereka terhadap jenama ini. Fokus utama festival pada tahun ini adalah pengenalan rangkaian model edisi khas serta Program Kesetiaan Pelanggan Volkswagen. 

Selama tiga hari, para pengunjung berpeluang untuk memandu uji pelbagai model Volkswagen, menikmati rebat dan tawaran istimewa ke atas kereta baharu serta yang telah didaftarkan. Terdapat juga baucar petrol percuma bernilai RM3,000 ke atas kereta terpakai yang terpilih, selain “Starbuys” untuk model Vento yang ditawarkan pada harga serendah RM55,888* dan Golf GTI serendah RM188,888*.
 

Bukan itu sahaja, mereka yang berminat untuk membeli kereta baharu Volkswagen boleh mengambil kesempatan di atas Skim Perlindungan Harga yang sedang berlangsung sekarang dan sah ke atas semua kereta yang didaftarkan sebelum 30 November. 

Bagi memudahkan mereka yang ingin menjual kereta sedia ada untuk mendapatkan sebuah Volkswagen, terdapat perkhidmayan penilaian kenderaan secara percuma dan pemeriksaan pinjaman pantas oleh sebuah bank bagi membantu urusan permohonan pembiayaan sewa beli mereka. 

Pemilik kenderaan Volkswagen yang mengunjungi festival boleh mendapatkan pemeriksaan 20 poin di gerai selepas jualan khas, yang turt menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan khidmat pelanggan. Sebagai tambahan, Volkswagen akan menawarkan keahlian selepas jualan istimewa kepada 200 pemilik terawal yang kereta mereka berusia empat tahun dan ke atas. 

 


Festival Volkswagen tidak lengkap tanpa acara perhimpunan kereta-kereta Volkswagen. Jadi, pengunjung boleh mengharapkan perhimpunan kereta VW klasik dan terkini daripada para peminat yang datang dari seluruh negara. 

Satu lagi aktiviti yang tidak harus dilepaskan pada waktu malam adalah tayangan filem pada 12 Oktober, jam 8:30pm yang menyaksikan model ikonik Volkswagen Beetle membintangi filem Herbie Fully Loaded (2005). Tidak ketinggalan, sebuah mini konsert oleh kumpulan muzik terkenal tempatan seperti Paperplane Pursuit, Talitha Tan dan Bunkface pada 13 Oktober bermula jam 7.45pm.

Terdapat banyak aktiviti buat pengunjung dan ahli keluarga untuk dinikmati. Misalnya trak-trak makanan terbaik di Lembah Klang, persembahan buskers dan hasil seni yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam Instagram. Bagi mereka yang gemarkan aktiviti kecergasan, sesi Yoga awal pagi dan HIT akan diadakan pada 14 Oktober, pagi Ahad bermula jam 8am hingga 10am.

Volkswagen Fest 2018 bakal berlangsung pada 12 -14 Oktober 2018 di Setia City Convention Centre, Shah Alam. 
 
Waktu dibuka ialah:
•    10am – tengah malam (12 – 13 Oktober 2018).
•    10am – 10pm (14 Oktober 2018).

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Rangkaian ‘JOIN’ ialah pakej aksesori yang ditawarkan ke atas model-model utama Volkswagen seperti…
Berita Domestik
  Selama tiga hari berturut-turut, para pengunjung berpeluang untuk memandu uji pelbagai model…