Bagi jualan yang dicatatkan daripada April sehingga September 2018, MMM telah mencatatkan jualan berjumlah 4,788 unit kenderaan dengan peningkatan sebanyak 66% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Prestasi yang cemerlang ini turut dibantu oleh peningkatan jualan model trak pikap Triton dan SUV Outlander yang masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 68% dan 482% daripada jumlah jualan separuh pertama 2017.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi, "tahun lalu kami telah memposisikan kembali varian Triton supaya ia lebih memenuhi keperluan para pelanggan daripada segi prestasi, pengendalian, keselamatan dan tidak ketinggalan harga yang menarik."
"Peningkatan jualan juga turut disumbangkan oleh pelepasan cukai sifar GST yang telah diumumkan kerajaan ketika Jun-Ogos 2018.
"MMM kini dilihat berada di posisi yang amat positif dan berterima kasih atas sokongan penuh daripada para pelanggan kami terhadap jenama Mitsubishi, dan berjanji akan memberikan yang terbaik kepada mereka," ujar beliau lagi.