Namun begitu, harga Ford Ranger Raptor dijangka akan melewati paras RM200,000 kerana kecanggihannya.
Untuk mereka yang hanya mahukan sesuatu yang seganas Raptor, nampaknya Sham Bodykit dari Selayang telah menghasilkan kit badan Raptor yang anda boleh beli dari beliau.
Harganya mengikut apa yang anda mahukan, tetapi untuk memasang bodykit selebar ini, pastinya anda perlu menaik-taraf tayar dan roda Ranger anda kerana jika tidak, ia umpama seorang ahli gusti Sumo dengan kaki seorang ballerina.
Apapun, hubungi Sham di 017-245 4715 untuk info lebih lanjut. Kata pada beliau, anda dapat nombor telefon dari Careta dan minta diskaun!