Sebuah lori sampah yang bergerak sendiri telah melanggar seorang pelancong di laluan bersebelahan Perigi Hang Lipo di Bandar Hilir pagi semalam.
Gong Jinge, 59-tahun dari Hunan, China maut di lokasi pada jam 8.50 am. Beliau baharu tiba di Melaka bersama sekumpulan pelancong lain.
Menurut siasatan, pemandu lori sampah yang berusia 38-tahun itu meletakan kenderaan tersebut di laluan itu sebelum turun untuk menunggu rakan-rakannya mengumpul sampah di kawasan berkenaan.
Lori sampah itu kemudian bergerak sendiri dan melanggar Jinge sebelum ia terus melanggar kereta dan bas pelancong yang diparkir di laluan yang sama.
Pemandu lori sampah itu dihantar untuk ujian darah di Hospital Melaka. Polis masih menyiasat kejadian tersebut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.