Lamborghini bina model one-off daripada Aventador SV J - SC18 dengan kuasa 770 bhp!

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini nampaknya tidak kesunyian daripada terus memperkenalkan beberapa model one-off, dan kini menerusi cabang perlumbaan mereka Squadra Corse memperkenalkan SC18.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SC18 dibangunkan berasaskan sebuah Lamborghini Aventador SV J dengan penambahan beberapa komponen kit badan yang serba agresif, serta beberapa elemen daripada adik beradik seperjuangan yang keluar daripada kilang Sant'Agata Bolognese. 
 


Sebagai contoh, bahagian hadapan masih mengekalkan lampu utama daripada Aventador, namun pada bahagian belakang, ia menampilkan garisan lampu yang serupa daripada Centenario. 

Seperti mana Sesto Elemento yang menggunakan sebahagian besar material daripada gentian karbon, SC18 juga mengaplikasikan perkara yang serupa dengan layangan warna merah kontras bagi menampakkan ia sebuah supercar yang serba jahat. 

Manakala sayap belakang pula mengambil inspirasi daripada Lamborghini Veneno. 
 


Teknologi aerodinamik daripada Huracan GT3 Evo dan Super Trofeo Evo digunakan pada SC18, sebelum diakhiri dengan penggunaan rim centre-lock, masing-masing bersaiz 20 dan 21 inci untuk depan dan belakang dan dibalut dengan tayar prestasi Pirelli P Zero Corsa. 

Dari segi prestasi, ia masih mengekalkan enjin Aventador SV J V12 yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 770 bhp dan daya kilas 720 Nm dan transmisi automatik tujuh nisbah kelajuan. Cukup untuk memecut sepantas 2.8 saat dari 0-100 km/j. 
 


Sebagaimana yang disebutkan pada awal artikel, ia merupakan sebuah model one-off dan hanya ada seorang pemilik sahaja di dunia ini yang bertuah untuk memiliki jentera SC18. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata semakan mendapati…
Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…
Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …