Syarikat yang berpengkalan di Kelantan ini akan bekerjasama dengan pengurus Scania Ecolution dalam usaha memantau perkembangan terkini fleet bas mengurangkan kadar jejak karbon CO2, serta menambah baik kadar penggunaan bahan api untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Selain daripada itu, syarikat E-Mutiara itu juga telah melanggan beberapa perkhidmatan daripada Scania seperti Scania's Fleet Management System, Scania Repair and Maintenance, serta Scania Driver Training and Coaching.
Menurut Pengarah Urusan Scania Asia Tenggara, Marie Sjodin Enstrom berkata, "dengan adanya Scania Ecolution akan dapat mendorong perubahan ke arah sistem pengangkutan yang lebih mampan dan berkesan, selain bertujuan untuk mengurangkan kesan pemanasan global dan perubahan iklim.
Pengerusi Eksekutif E-Mutiara, Tuan Haji Che Ibrahim bin Che Ismail berkata, "kami berasa amat gembira dapat bekerjasama dengan Scania dalam misi untuk menjadi sebuah perniagaan yang lebih mampan, dan percaya ini bakal dihargai oleh para pelanggan kami yang mahukan sebuah perkhidmatan yang lebih mesra alam untuk perjalanan mereka."