Ia merupakan sebuah konsep di mana sebuah kenderaan yang dipasangkan kaki robot, dan mempunyai kebolehan mengatasi keupayaan sesebuah kenderaan biasa - merangkak dan berjalan seumpama robot.
Hyundai percaya, dengan konsep separuh kereta separuh robot ini akan mampu memberikan khidmat kepada mereka yang lebih memerlukan, terutama bagi golongan yang kurang upaya ataupun di dalam operasi menyelamat mangsa.
Berdasarkan gambar yang dibekalkan, Hyundai memperlihatkan beberapa situasi di mana Hyundai Elevate mampu 'memanjangkan' kaki untuk bergerak di kawasan berbatu, lokasi bersalji malah ia juga mampu membenarkan seorang OKU turun dari kawasan yang kurang mesra OKU.
Konsep berkuasa elektrik sepenuh masa ini menggunakan platform modular sepenuhnya, memberikan kebebasan kepada Hyundai untuk mereka sesebuah kenderaan yang khusus kepada tujuannya.