Paling cepat ialah model Bezza G Xtra 1.0 Manual sementara Bezza Advance 1.3 Automatik ialah varian yang paling popular, menjadikan waktu menunggu model itu dari antara tiga ke tiga setengah bulan.
Rata-rata pemilik Bezza lebih memberi fokus kepada tiga perkara ini:
- Penggunaan bahan api yang rendah (22.8km/liter untuk Bezza 1.0L Manual dan 22km/liter untuk Bezza 1.3L Auto Advance).
- Keselamatan (Anugerah 5-bintang dalam Asean NCAP bagi varian Advance)
- Khidmat jualan yang berkualiti agar memudahkan pemilikan dalam jangka masa panjang.
Beberapa orang pemilik yang sempat ditemu-ramah Careta berkata pembelian Bezza ialah lebih kepada pengiraan kos sara hidup harian.
"Saya cuma mahu sebuah kereta yang tak meragam dan tahan bertahun-tahun serta jimat minyak," ujar Zuraidah Abdullah, pesara kerajaan.
"Saya mahukan sebuah kereta yang tak meragam, jimat bahan bakar dan pusat servis yang profesional. Dalam dunia sekarang di mana kos sara hidup dan kos pengajian sudah meningkat, saya memang pentingkan pembelian yang berbaloi sahaja, " ujar Ahmad Hisyam dari Serting yang pertama kali memiliki Perodua.
"Kualiti ialah punca utama saya setia dengan Perodua. Saya tak ada masa untuk kerap ke pusat servis kerana masalah-masalah remeh," pendapat Ronny Tan dari Pekan.
Untuk yang mahu mencari unit pra-milik atau terpakai Perodua, mungkin anda boleh ke Perodua KL di Jalan Pahang untuk melihat sendiri kenderaan terpakai Perodua yang diberikan jaminan terhad.