Cadangan itu muncul selepas berlaku banyak kes kematian berprofil tinggi yang mencetuskan kemarahan rakyat Taiwan.
Undang-undang Taiwan sekarang ini melihat pesalah menerima hukuman penjara tidak lebih dari 10 tahun.
Cadangan itu akan meningkatkan hukuman penjara untuk pesalah berulang yang melakukan kesalahan baharu dalam tempoh lima tahun dari kesalahan pertama.
Jika bersalah, mereka akan berhadapan dengan hukuman penjara seumur hidup (jika membabitkan kematian) atau penjara 12 tahun untuk cedera serius.
Bagaimanapun, inisiatif tersebut mendapat tentangan hebat dari kumpulan hak asasi Taiwan.