Taiwan, Thailand dan Indonesia bakal eksport motosikal Yamaha ke Jepun

oleh HEZERI SAMSURI|
Yamaha bakal mengimport motosikal yang dipasang di Taiwan, Thailand dan Indonesia ke pasaran domestik Jepun.

Ini ialah selepas pengumuman kerajaan Jepun untuk mereka yang memegang lesen moped (50cc) dibenarkan menunggang motosikal sehingga 125cc.

Mereka yang mempunyai lesen memandu di Jepun juga memang sudah secara automatik dibenarkan untuk menunggang moped sebelum ini, dan peraturan baru itu kini membenarkan mereka menunggang motosikal sehingga 125cc.

Menurun Asia Nikkei, jentera-jentera 125cc baharu Yamaha akan dibina berdasarkan model-model yang sudah pun dipasarkan di Indonesia, Taiwan, Thailand, Brazil dan pasaran-pasaran lain.

Sejak tahun 2018, Yamaha sebenarnya menggunakan khidmat Honda untuk melakukan pemasangan secara kontrak bagi moped 50cc mereka di sana.

Ini ialah kerana pasaran itu terlalu kecil dan hanya wujud di Jepun. 

Sayang sekali Malaysia tidak termasuk dalam perancangan ini.

 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
YZF-R7 2026 bukan sekadar kemas kini kecil, tetapi membawa beberapa penambahbaikan besar yang…
Pelancaran Motosikal
Antara pembaharuan utama yang ditawarkan oleh TMAX Tech Max 2025 termasuk: Rekaan hadapan…
Pelancaran Motosikal
XMAX 2025 tampil dengan rekaan luaran lebih anggun dan maskulin, disempurnakan dengan ciri-ciri…