Namun begitu, cubaan mereka gagal bila pemilik kandang memeriksa kamera CCTV bila terdengar salakan anjin di kawasan berkenaan.
Pemilik tersebut melihat empat suspek dengan dua buah kenderaan cuba melarikan lembu miliknya.
Suspek turut dilihat menyumpit ubat pelali ke arah dua ekor lembu di kandang itu tetapi hanya sempat menyumbatkan seekor sahaja ke dalam kenderaan mereka sebelum melarikan diri.
Pemilik kandang itu mengejar Honda Civic tersebut dan kenderaan itu terlanggar besi longkang lantas terbabas.
Tiga suspek cedera sementara seorang berjaya melarikan diri.
Penternak lembu itu menahan suspek-suspek yang cedera itu dan menyerahkan mereka yang berusia 24 hingga 26 tahun itu kepada pihak polis.
Polis masih sedang mencari suspek terakhir.