Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri (KPDNHEP) telah mengeluarkan senarai harga bahan api bagi kitaran bermula dari 22 sehingga 28 Jun 2019.
Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga RON97 turun 3 sen kepada RM2.38 per liter manakala harga RON95 dan diesel pula kekal tidak berubah seperti minggu lalu.
Senarai harga baharu bahan bakar ini berkuatkuasa bermula 12.00 tengah malam ini (22 Jun).
RON95 - RM2.08 per liter (kekal)
RON97 - RM2.38 per liter (turun 3 sen)
Diesel - RM2.18 per liter (kekal)
Diesel Euro 5 - RM2.28 per liter (kekal)
Harga ini rasmi untuk seminggu dan pengumuman harga baharu akan diumumkan pada 28 Jun kelak.