Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga RON97 turun 11 sen kepada RM2.56 per liter manakala harga RON95 dan diesel pula kekal tidak berubah seperti minggu lalu.
Senarai harga baharu bahan bakar ini berkuatkuasa bermula 12.00 tengah malam ini (27 Julai).
RON95 - RM2.08 per liter (kekal)
RON97 - RM2.56 per liter (turun 11 sen)
Diesel - RM2.18 per liter (kekal)
Diesel Euro 5 - RM2.28 per liter (kekal)
Harga ini rasmi untuk seminggu dan pengumuman harga baharu akan diumumkan pada 2 Ogos kelak.