Menurut ketua pengarah unit rekaan, Achim Anscheidt berkata, "untuk membawakan rekaan klasik kepada sebuah platform baharu tanpa meniru adalah sangat kompleks secara teknikalnya.
"Kami perlu mencipta satu cara baharu bagi menggandingkan keperluan aerothermal yang sangat kompleks dari Chiron kepada sebuah rekabentuk luaran yang serba estetik.
Walaupun ia sangat mencabar, para jurutera berjaya menggabungkan elemen EB110 dan Chiron di dalam Centodieci ini.
Reka bentuk gril kasut kuda yang lebih kecil tidak pula nampak janggal di hadapan, diikuti oleh slitter hadapan dan hud yang lebih aerodinamik.
Manakala lampu utama LED pula diintegrasikan dengan lampu nyalaan siang.
Kedudukan tiang A pula direka dengan lebih bersudut bagi memasang bumbung yang lebih rata (tidak seperti Chiron), manakala skup udara sisi Chiron telah digantikan dengan lima bukaan kemasukan udara berbentuk bulat di sisi.
Bahagian belakang pula adalah unik kepada Centodieci di mana ia menampilkan rekaan berliang, lampu utama terapung, diffuser yang besar dan diakhiri dengan sistem ekzos tip berkembar di kiri dan kanan.
Dengan segala inovasi yang ditunjukkan, ia tidak menolak fakta bahawa Centodieci hanya memiliki berat 20 kg kurang daripada Chiron, terima kasih kepada penggunaan pengelap tingkap dan stabilizer daripada bahan gentian karbon.
Malah, menurut CEO Bugatii, Stephan Winkelmann berkata, Centodieci memiliki nisbah kuasa-kepada-berat dan dinamik pengendalian yang lebih baik berbanding Chiron.
Kuasa Centodieci diperoleh daripada enjin bentangan W16 8.0 liter yang mampu menjana 1,578 kuasa kuda (tambahan 99 hp daripada Chiron) dengan kuasa pecutan sepantas 2.4 saat dari pegun ke 100 km/j.
Dengan kuasa sepantas itu, Bugatti hanya mengehadkan pengeluarannya kepada 10 unit sahaja dengan 2 unit akan diserahkan kepada pelanggan setiap tahun.