JPJ mula banteras salah guna cukai jalan Sabah/Sarawak

oleh HEZERI SAMSURI|
Pemilik kenderaan yang menggunakan cukai jalan Sabah, Sarawak atau Pulau Labuan bagi menurunkan bayaran tahunan cukai tersebut bakal berdepan dengan kejutan.

Menurut sumber Careta, pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) mendapati 90 peratus dari urusan pembaharuan cukai jalan kenderaan mewah melebihi kapasiti enjin 2,000 cc yang dilakukan di cawangan Pos Malaysia dalam wilayah Sabah, Sarawak dan Labuan melibatkan kenderaan yang didaftarkan dari luar kawasan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siasatan JPJ juga mendapati pemilik-pemilik tersebut menggunakan perkhidmatan orang tengah untuk memperbaharui cukai jalan bagi pihak pemilik yang menggunakan kenderaan tersebut di Semenanjung Malaysia.

Isu itu ditimbulkan di dalam Audit Kementerian Pengangkutan beberapa bulan lalu dan ia menyebabkan ketirisan pendapatan untuk pihak kerajaan.

Selama ini, cukai jalan untuk kenderaan yang digunakan di Sabah, Sarawak dan Labuan diberi pengurangan untuk membantu pengguna yang terpaksa menggunakan kenderaan-kenderaan SUV dan trak pikap bagi melalui kawasan-kawasan pendalaman yang  sukar dihubungi dengan kenderaan biasa.

Kenderaan-kenderaan itu menggunakan enjin-enjin berkapasiti lebih dari 2,000 cc dan pengurangan cukai jalan itu mengurangkan bebanan mereka.

Namun begitu, kesempatan ini digunakan oleh pemilik-pemilik kenderaan mewah dengan enjin-enjin berkapasiti besar untuk mendapat fi cukai jalan yang rendah (ada yang sehingga 50 peratus).

Ini bukan sahaja tidak adil bagi penduduk Sabah dan Sarawak, tetapi mengakibatkan kerugian kepada rakyat kerana pendapatan kerajaan menurun.

Penipuan ini sudah lama berleluasa dan ia seolah-olah menjadi satu rahsia terbuka.

Masalah ini juga antara penyebab kenapa ramai yang memandang rendah terhadap pihak JPJ. 

Pos Malaysia sudahpun mengeluarkan notis pemberhentian khidmat tersebut mulai 1 September di cawangan-cawangan mereka di Sabah, Sarawak, Pulau Labuan dan juga Langkawi.

Mereka boleh memperbaharui cukai jalan mereka di cawangan-cawangan JPJ terdekat.

 


 

Berita Berkenaan

Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…
Berita Domestik
Syarikat itu berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif swasta bertujuan meningkatkan nilai…
Berita Domestik
Ia berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan…