“Setelah berlangsung dengan jayanya di Shah Alam pada 2017 dan Sungai Petani pada 2018, MYPerodua Nation 2019 menjanjikan hujung minggu yang lebih menarik dan menyeronokkan buat semua,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Dengan tawaran menarik bagi kenderaan baharu, termasuk tawaran istimewa untuk perkhidmatan e-hailing, pelajar dan graduan, serta tawaran selepas jualan bagi pakej dan kit badan GearUp, minyak pelincir, alat ganti dan aksesori, inilah masa dan tempat yang terbaik untuk menjadi pelanggan Perodua,” tambahnya.
Untuk kemudahan pelanggan, seluruh rangkaian produk dan perkhidmatan Perodua akan turut berada di sana, termasuklah Perodua Total Protect Plus, Kenderaan Pra-Milik Perodua (POV), aksesori dan koleksi GearUp, alat ganti, Minyak Tulen Perodua dan program kesetiaan pelanggan, UFirst.
Syarikat Perbankan dan insurans juga akan berada di sana untuk memudahkan proses pembelian.
“MYPerodua Nation memberi kami peluang untuk mendekati para pelanggan yang dihargai supaya kami boleh memenuhi keperluan dan kehendak mereka dengan lebih mendalam. Kami amat berbesar hati untuk bertemu para pengunjung sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung,” kata Dato’ Zainal lagi.
Para pengunjung juga boleh membuat temu janji servis, memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot secara percuma, memandu uji model-model terkini Perodua, merasai demonstrasi sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA), menerokai sejarah 26 tahun Perodua di ruang pameran Perodua Journey serta pelbagai pertandingan dan aktiviti lain yang disediakan.
Di sudut permainan kanak-kanak pula, terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti bungee trampolin,mewarna model tanah liat, perlumbaan realiti maya (VR) dan aktiviti drift basikal roda tiga.
Terdapat juga persembahan dan penampilan khas artis-artis terkenal termasuk Bunkface, Aman RA, Naim Daniel dan ramai lagi.
“Kejayaan Perodua selama ini adalah hasil sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia. Oleh itu, MYPerodua Nation bukan sekadar meraikan Perodua tetapi seluruh rakyat Malaysia. Karnival ini ditujukan khas kepada anda semua. Jumpa di sana!” kata Dato’ Zainal.