Mana yang tinggal pula telah mengurangkan bajet pameran mereka, termasuk jenama-jenama dari Jerman sendiri.
BMW contohnya telah menurunkan baket dan ruang pameran di pameran itu sebanyak dua pertiga.
Menurut akhbar Handelsblatt, Mercedes-Benz juga mengecilkan ruang pameran jenama itu dan Smart sebanyak 30 peratus.
Jumlah penyertaan turun sehingga 20 peratus kepada 800 jenama dan kawasan pameran juga dikurangkan sebanyak 16 peratus.
Handlesbatt melaporkan Nicolas Peter, Ketua Kewangan untuk BMW berkata pameran automotif sudah berubah dan di masa hadapan, fokus akan lebih kepada teknologi, bukannya produk.
Presiden Persatuan Automotif Jerman VDA, Bernhard Mattes berkata kepada akhbar Jerman itu bahawa persatuannya akan bekerjasama dengan ahli-ahli untuk mengubah kedudukan pameran itu di dalam industri tersebut.
Bekas CEO Opel pula, Karl Thomas Neumann percaya ini adalah pameran auto Frankfurt yang terakhir.
Pameran seterusnya akan berlangsung pada tahun 2021 kerana ia berlangsung dua tahun sekali.
Pameran Automotif di Malaysia juga nampaknya mempunyai masalah untuk berkembang. Ia masih jauh dari mampu menyaingi pameran-pameran automotif di Thailand atau di Indonesia.
Masih tidak ada pelancaran global yang dilakukan di Malaysia dan pengunjung ramai berkata ia masih umpama melawat dewan pameran kenderaan yang besar kerana kekurangan kenderaan konsep dan kenderaan baharu.