Apa yang membezakan antara model facelift Audi RS4 Avant 2020 ini dengan model wagon sedia adalah lampu utama yang telah dikemaskini serta lampu LED matrix yang dikelilingi oleh bezel gelap.
Selain daripada itu, rekaan gril rangka tunggal juga telah dilebarkan dan rekaan sarang lebah pada gril itu telah dikemaskan dengan warna hitam berkilat.
Kemasan di bahagian dalaman juga tidak kurang hebatnya dimulakan dengan kerusi balutan kulit dengan corak jahitan berwarna merah ala-ala sarang lebah untuk kedua-dua baris tempat duduk.
Skrin infotainmen bersaiz 10.1 inci MMI Audi turut menghiasi ruang tengah, manakala untuk pemandu pula disediakan kluster meter digital Virtual Cockpit dan stereng bawah rata yang dibaluti material Alcantara.
Bagi memastikan ia masih sebuah RS, Audi telah mendatangkan enjin bentangan V6 2.9 liter turbo berkembar yang mampu menghamburkan kuasa setanding 444 ekor kuda dan daya kilas setinggi 600 Nm.
Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda Quattro dan mampu mencatatkan masa sepantas 4.1 saat dari 0-100 km/j!
Sempat untuk menghantar anak ke sekolah dengan pantas.