Menurut Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden dan CEO untuk Petronas, penajaan MotoGP ini adalah kesinambungan kolaborasi dengan pasukan Petronas Sepang Racing Team.
Ia juga satu detik yang dibanggakan di mana produk Petronas Fluid Technology Solutions diiktiraf sebagai bahan api dan pelincir yang cukup efisien dan berprestasi tinggi untuk arena perlumbaan motosikal peringkat antarabangsa.
CEO Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta pula berpendapat nama Petronas sinonim dengan kejayaan dan adalah antara jenama yang terkenal di dalam sukan lumba motor modern.
"Petronas sudahpun menunjukan kecemerlangan mereka dengan pasukan-pasukan di dalam MotoGP, Moto2 dan Moto3. Kami berbangga kecemerlangan itu akan menjadi bahan api kepada antara perlumbaan yang paling menarik di dunia," sambung Carmelo.
Penajaan Petronas untuk bahan api bagi Moto2 dan Moto3 serta pengiklanan di litar-litar MotoGP akan bermula dari tahun 2020 sehingga 2022.
Kontrak tiga tahun ini dijangka bakal melonjakan lagi nama Petronas di pasaran global, seperti apa yang berlaku kepada Repsol dan lain-lain.
* Gambar dari MotoGP.com