Sebagai makluman, Azlan Shah telah muncul sebagai juara bagi kategori ASB1000 dengan menunggang jentera BMW S 1000 RR.
Berikutan kejayaan pasukan kecilnya menewaskan rata-rata pasukan yang lebih besar, BMW Motorrad memutuskan untuk memberikan sokongan dalam bentuk empat buah jentera BMW S 1000 RR.
Malah, pasukan Onexox TKKR SAG turut mendapat bantuan dari segi alat ganti yang menelan belanja sebanyak EUR25,000 (RM116 ribu).
Walaupun bermula dengan keadaan yang serba serbi kekurangan, ia merupakan satu petanda yang baik bahawa pasukan yang dianggotai oleh tenaga tempatan sememangnya mampu memberikan saingan yang cukup hebat kepada pasukan-pasukan besar di luar sana.
Sumber: Facebook Onexox TKKR SAG