“Dalam jangka masa panjang, kita harap ia dapat diperluaskan pada jenis kenderaan yang lain, namun pada masa kini dan sebagai fasa pertama ini, kita hanya mahu mewajibkan kepada kereta persendirian terlebih dahulu.
“Ini kerana untuk melaksanakan langkah baharu, bukan mudah dan memang sukar, maka kita mahu menjayakan langkah yang dibuat untuk kereta persendirian ini.
“Selepas itu, kita akan melihat sejauh mana keberkesanan langkah tersebut,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai pelan masa hadapan penggunaan CRS, seperti dalam ambulans dan bas.
Berhubung isu harga CRS yang dikatakan agak mahal hinggakan menjadi kerisauan orang ramai, Loke berkata, ia akan mengalami penurunan harga apabila berlakunya peningkatan permintaan dan penawaran.
“Kita akan ambil langkah bagi mengurangkan kos untuk memiliki CRS, termasuklah pembabitan daripada pihak swasta.
“Namun begitu, sudah tentu apabila kita mewajibkan peraturan ini maka akan mewujudkan pasaran yang besar sebab setiap orang memerlukan kerusi ini dan kita akan lihat penurunan harga dan penawaran yang banyak,” katanya.
Sumber: Bernama