Salah satu model yang menarik perhatian adalah Nissan Fairlady 300ZX generasi Z32 yang lahir sejak daripada tahun 1989 sebelum penjualannya berakhir pada tahun 2000.
Direka oleh Isao Sono dan Toshio Yamashita, Z32 ini merupakan model pertama yang dipasarkan mengikut perjanjian lelaki sejati yang diperkenalkan oleh JAMA dengan had kuasa 280 PS.
Z32 ini biasanya dilihat dalam versi coupe, namun jarang kita dapat lihat sebuah versi convertible seperti contoh yang ada di hadapan kita ini merupakan unit yang dibina pada tahun 1994.
Unit yang cantik ini dipaparkan di dalam laman web eBay oleh Diamond Motorworks, dan dikatakan hanya mempunyai sejarah seorang pemilik sahaja.
Untuk menjadikannya lebih menarik, Nissan 300ZX Z32 ini hanya bergerak sejauh 2,946 km sahaja sepanjang hayatnya!
Unit kuasa juga masih kekal dengan nadi VG30DE bentangan V6 aspirasi natural (bukan unit turbo berkembar), namun masih mampu menghasilkan 222 kuasa kuda dan 268 Nm daya kilas yang memacu roda belakang menerusi transmisi manual lima kelajuan (ya, bukan auto!).
Harga yang diminta untuk sebuah Z32 yang asli ini hanyalah sekitar $28,800 atau RM117,807 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa.
Sumber: eBay