Kesemua model sedan dan hatchback Mazda3 tersebut dipanggil kembali atas sebab ciri brek kecemasan automatik (AEB) yang mungkin secara tiba-tiba akan membrek tanpa sebab dan menyebabkan pelanggaran dari arah belakang.
Setakat ini, menurut jurucakap Mazda, tiada sebarang kemalangan atau kematian dilaporkan akibat AEB ini, namun berdasarkan carian di agensi keselamatan National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), sudah terdapat kes kemalangan yang mengakibatkan seorang tercedera di dalam Mazda3 2019.
Para pemandu berkemungkinan besar akan mendengar bunyi amaran dan mesej yang terpapar di kluster instrumen apabila masalah ini berlaku.
Mazda menyatakan pelan untuk membaiki masalah ini dengan mengemaskini perisian yang mengawal sistem AEB kelak.
Selain daripada itu, NHTSA juga kini sedang menyiasat kes yang serupa melibatkan model Nissan Rogue untuk model tahun 2017 dan 2018, di mana sehingga kini terdapat kira-kira 87 aduan yang diterima.
Sumber: Consumer Reports