Ia sekaligus memadamkan tekaan sesetengah pihak yang mendakwa Perodua akan terus menggunakan enjin 1.5 liter sedia ada untuk SUV Perodua D55L ini.
SUV kedua selepas Perodua Aruz ini dibangunkan berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang turut sama menghasilkan Toyota Raize dan Daihatsu Rocky di pasaran Jepun.
Mengikut spesifikasi Toyota Raize/Daihatsu Rocky, kedua-dua model ini didatangkan dengan nadi tiga silinder sebaris 1.0 liter dengan pengecas turbo yang mampu menghasilkan 97 kuasa kuda dan 140 Nm.
Dikhabarkan sebagai menggantikan Perodua Kembara, Perodua D55L ini dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini bagi memberikan saingan kepada beberapa model baharu di dalam segmen yang serupa.
Perodua D55L akan diposisikan di bawah julat harga Perodua Aruz.