Toyota terima kelulusan pasang EV, PHEV di Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Motor Corp telah menerima kelulusan rasmi untuk memasang kenderaan elektrik dan plug-in hybrid (PHEV) di Thailand sebagai sebahagian daripada perancangan untuk meluaskan pasaran diperingkat global.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Dengan kelulusan daripada Board of Investment (BOI) berkuatkuasa 7 Januari, Toyota diberikan tempoh selama tiga tahun untuk memulakan produksi untuk menikmati kelebihan yang ditawarkan, termasuklah pengecualian cukai. 

Menurut wakil dari Toyota Daihatsu Engineering & Manufacturing Co, butiran lanjut berkenaan model masih belum boleh didedahkan buat masa ini. 

Toyota merancang untuk memasang kenderaan yang dimaksudkan di fasiliti Gateway yang terletak di wilayah timur Chachoengsao. 

BOI telah memperkenalkan skim cukai istimewa untuk kenderaan elektrik dan PHEV pada Mac 2017 bertujuan untuk menggalakan pelaburan di dalam produksi kenderaan hijau. 

Selain daripada Toyota, Mazda Motor Corp, Nissan Motor Co dan Mitsubishi Motors Corp merupakan antara syarikat pengeluar Jepun yang sudah menghantar permohonan untuk skim yang dimaksudkan. 

Sumber: Bangkok Post

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar…
Berita Domestik
Menurutnya, bagi tempoh itu, rampasan termasuk cukai direkodkan berjumlah RM350.18 juta iaitu…
Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…