Hasil kajian tersebut turut mendapati kebanyakan lelaki yang degil, gemar bersengketa, tidak bersetuju dengan pandangan orang lain dan mementingkan diri sendiri merupakan pemilik kepada kenderaan berstatus tinggi - seperti Audi, BMW dan Mercedes-Benz.
Mereka mengkaji hasil dapatan daripada 1,892 pemilik kenderaan berbangsa Finland serta menganalisa jenis personaliti berdasarkan hipotesis yang dibuat oleh Jan-Erik Lonnqvist.
Lönnqvist membuat kesimpulan awal bahawa kebanyakan mereka yang gemar melanggar lampu isyarat merah, tidak memberikan laluan kepada pejalan kaki dan memandu secara melulu terdiri daripada para pemilik kereta mewah Jerman.
Beliau yang merupakan seorang professor kajian sosial di Universiti Helsinki mendapati kebanyakan perangai yang tidak senonoh itu dimiliki oleh mereka yang memandu kenderaan mewah.
"Dan sifat yang sama menjadi jawapan kenapa pengguna jalan raya kerap melanggar peraturan yang ditetapkan berbanding orang lain," ujar beliau.
Timbul satu persoalan, "adakah kekayaan menjadi penentu perangai tidak siuman ini di atas jalan raya?"