Adakah ini bermakna satu hari nanti, akan ada model Type R berkuasa elektrik?
Jawapan Hideki kepada MotorTrend, "Ya, Type R elektrik adalah tidak mustahil."
Tambah beliau lagi, "sekiranya konsep asas dan falsafah sebuah Type R dipenuhi di dalam sebuah kenderaan elektrik, ianya tidak mustahil untuk dilaksanakan.
Namun adakah Type R akan diperluaskan 'penguasaannya' terhadap model selain daripada hatchback?
Dalam satu temuramah terdahulu, Hideki menjelaskan bahawa 'R' di dalam Type R adalah racing (perlumbaan), jadi model seperti SUV dan crossover Type R adalah perkara yang tidak masuk akal.
"Honda Civic (ketika ini) merupakan satu-satunya model yang memenuhi kriteria dan syarat yang diperlukan untuk sebuah Type R," tambahnya lagi.
Terdapat juga beberapa khabar mencadangkan Civic Type R generasi berikutnya bakal menerima trenkuasa hibrid demi memenuhi peraturan emisi yang semakin ketat pada ketika ini.
Jika benar sebuah Type R berkuasa elektrik bakal menjadi kenyataan, Honda e merupakan satu-satunya calon yang sesuai.
Ini adalah berdasarkan kenyataan daripada ketua projek Honda Assistant Large, Takahiro Shinya memberitahu Top Gear, "platform baharu (Honda e), motor elektrik dan tayar mampu menampung lebih daripada apa yang ditawarkan pada ketika ini.
Honda e memiliki spesifikasi motor elektrik tunggal dengan pacuan roda belakang menghasilkan output 136 hp atau 154 hp dengan daya kilas 315 Nm, serta menawarkan jarak operasi sejauh 220 kilometer.