Menurut jururakam video tersebut, lelaki tersebut tertinggal beg yang mengandungi buku pelajarannya sebelum ibu bapa membuat keputusan untuk menghantar beg tersebut menggunakan helikopter.
Ia sudah tentu satu perkara yang menggemparkan apabila sebuah helikopter tiba-tiba mendarat di kawasan parkir universiti dan seorang lelaki dilihat berjalan untuk mengambil begnya yang tertinggal itu.
Video tersebut berjaya meraih perhatian sebanyak lebih daripada 100 ribu tontonan.
Berdasarkan carian ringkas, helikopter yang digunakan adalah daripada model Robinson R44 Raven yang bernilai £300,000 (RM1.6 juta) dan mampu menelan belanja sebanyak £150 (RM814) selama sejam untuk duit bahan api semata-mata.
Ia mampu mencecah kelajuan tertinggi 225 km/j dengan jarak operasi sejauh lebih 480 kilometer.
So guy forgot his bag at home and Parents decided to bring the bag with a chopper at NWU. Shuu guys??? #KeaDrive #Sandton pic.twitter.com/GoH245J5yk
— #Youfollow_Ifollow (@ItuhMokhele) February 28, 2020
Sumber: Twitter, DailyMail UK