COVID-19: VW berusaha buat ventilator untuk perangi wabak

oleh HEZERI SAMSURI|
Kumpulan Volkswagen kini sedang berusaha untuk menghasilkan ventilator dan alatan perubatan yang lain menggunakan teknologi 3D-printing bagi membantu dunia memerangi gejala COVID-19.

Kerajaan-kerajaan dari pelbagai negara telah meminta syarikat automotif seperti Ford, General Motors, Ferrari dan Nissan untuk menghasilkan ventilator dan kelengkapan lain dalam usaha mengawal COVID-19 dari terus merebak.

Menurut siaran media Kumpulan Volkswagen (VW), ia telah pun menubuhkan satu kumpulan gerak khas untuk menguji bahan-bahan dan memeriksa rantaian pembekal untuk melihat bagaimana ia boleh menggunakan 3D-printing bagi menghasilkan perkakasan perubatan tersebut.

"Kelengkapan perubatan adalah sesuatu yang baharu untuk kami dan kami memang dalam proses untuk memahaminya," terang VW di dalam siaran medianya.

Skoda juga diberitakan terbabit di dalam usaha VW ini sementara Porsche sedang mengkaji idea-idea bagaimana mereka boleh membantu dari segi usaha kemanusiaan.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kuasa? Enjin EA888 LK3 evo4 2.0 liter turbo menghasilkan 300 ps dengan daya kilas 400Nm dan…
Berita Global
  VW menawarkan Golf GTE dan Golf eHybrid dengan teknologi hibrid plug-in generasi kedua yang…
Berita Global
  Buat kali pertama California dilengkapi dua pintu gelangsar yang bukan sahaja memudahkan…